JPPKP (Jawatankuasa Pembetulan dan Pengemaskinian Keputusan Peperiksaan)

FUNGSI DAN BIDANG KUASA

i. Am
 
a. Bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Induk Penilaian Akademik Universiti (JKIPA) terhadap hal ehwal pengurusan keputusan pembetulan dan pengemaskinian markah bagi Peperiksaan Akhir pelajar.
b. Memastikan Peraturan Akademik sentiasa dipatuhi.
c. Memastikan mutu kecemerlangan akademik UiTM sentiasa dikekalkan.
 
 
ii. Keputusan Penilaian dan Peperiksaan
 
a. Meneliti dan membuat keputusan setiap kes pembetulan dan pengemaskinian keputusan peperiksaan yang dikemukakan oleh pihak Jawatankuasa Akademik Fakulti (JAF), Jawatankuasa Akademik Negeri (JAN) dan Jawatankuasa Akademik Pusat Asasi (JAP) serta melaporkannya kepada Jawatankuasa Induk Penilaian Akademik Universiti (JKIPA) untuk kelulusan dan pengesahan.
b. Meneliti setiap kes pembetulan yang dibentangkan bersama bukti-bukti berkaitan perubahan markah bagi perkara-perkara yang disenaraikan di dalam Manual Pengurusan Peperiksaan Akhir UiTM.
c. Menentukan sebab perubahan markah peperiksaan pelajar berdasarkan kategori- kategori berikut:
  • Masalah sistem
  • Kesilapan pensyarah/jurulatih
  • Kesilapan pelajar
  • Kesilapan pentadbiran
  • Sebab-sebab lain
dan melaporkan kepada Jawatankuasa Induk Penilaian Akademik Universiti (JKIPA).
 
d. Meneliti dan seterusnya mengesyorkan pengemaskinian keputusan peperiksaan.
e. Mana-mana kes pembetulan dan pengemaskinian keputusan Peperiksaan Akhir yang tidak dibentangkan dalam JPPKP hendaklah dibawa terus ke Mesyuarat JKIPA untuk kelulusan.

WEBSITE STATISTICS

116950
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
90
285
1286
113805
2001
7555
116950
09-12-22

Contact Us

Academic Assessment and Evaluation Division
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450, Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia

https://bppa.uitm.edu.my

Tel: +603 - 5544 3147/3142
Fax: +603 - 5544 3141